Wednesday, October 27, 2010

AKHIRNYA persoalan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016.

Ia melegakan masyarakat yang mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan.


Bagaimanapun, ada yang tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan.


Kini, wujud perbahasan, sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Saedah Siraj, berkata sudah tiba masanya negara melangkah ke era pendidikan baru lebih fleksibel.


Beliau berkata cita rasa dunia kini berubah dan memerlukan suntikan baru dalam proses penyampaian, penerimaan serta pemahaman maklumat supaya masyarakat lebih bersedia berdepan arus permodenan.

"Meskipun pendidikan ditakrif sebagai elemen sejagat, perubahan perlu ada sebagai mengimbangi kehendak global yang pantas berubah dan semakin berteraskan kemajuan serta kepelbagaian.


"Pemansuhan itu mencerminkan keberanian dan anjakan paradigma baru dalam sistem pendidikan negara, jangan jadikannya kontroversi atau disalah anggap kerana ia memang diperlukan, " katanya.


Menurutnya, meskipun negara memiliki sistem pendidikan antara terbaik di dunia, ia dianggap ketinggalan kerana menggunakan kaedah peperiksaan sebagai penilaian tahap kecemerlangan pelajar.


"Semua tahu tahap pencapaian setiap pelajar berbeza, tidak boleh dinilai melalui satu sistem semata-mata, malangnya itulah yang diguna pakai sejak sekian lama.


"Ini menyebabkan pelajar bosan dan tertekan, sekali gus mencetuskan insiden tidak dijangka, misalnya bunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan. "Sekolah patut jadi tempat menyeronokkan bukan membosankan.


"Justeru apabila kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan, ia wajar mendapat sokongan kerana membantu meringankan 'penderitaan' pelajar," katanya.


Meskipun format baru masih belum diputuskan, ia bagai menamatkan dilema pelajar, institusi sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang mahukan kongkongan peperiksaan ditamatkan.


Cadangan format boleh disarankan ialah menyediakan aliran pengajian bersesuaian di tingkatan satu mengikut kehendak dan kapasiti pencapaian pelajar.


Aliran itu, katanya, boleh dijadikan asas menilai dan mencorakkan pencapaian pelajar dalam tempoh lima tahun hingga tamat pengajian tingkatan lima.


"Pelajar boleh memilih aliran diingini berdasarkan minat, kehendak, cita-cita dan diberi kelonggaran tidak terikat dengan kehendak pencapaian akademik semata-mata.


"Ia umpama saringan penilaian sebelum memasuki pengajian tinggi. Kaedah ini boleh mengelak tekanan belajar, sekali gus memudahkan proses penyampaian ilmu," katanya.


Beliau menegaskan konsep pendidikan bukan hanya terhad kepada akademik dan peperiksaan semata-mata, malah boleh menggunakan pendekatan deria seperti mendengar, melihat dan merasa.


"Ramai beranggapan hanya akademik dan peperiksaan penting menentukan kecemerlangan pelajar manakala proses pembelajaran berlangsung di bilik darjah.


"Anggapan itu perlu diperbetulkan kerana ilmu boleh diperoleh menerusi pelbagai cara, bergantung bagaimana guru mengaplikasi kaedah itu supaya boleh diterima dan difahami pelajar.


"Realitinya kebanyakan pelajar negara ini bersifat pasif dan enggan bertanya, dengan pemansuhan, skop pembelajaran lebih luas, sekali gus menggalakkan pengembangan budaya ilmu dengan kaedah bersesuaian," katanya.


Dr Saedah turut mencadangkan pelajar kurang cemerlang dimasukkan ke kelas pemulihan agar dapat memperbaiki kelemahan.


"Dalam sistem pendidikan, pelajar lemah kurang mampu menguasai 3M (membaca, mengira, menulis). Kelemahan ini boleh diatasi dengan kelas pemulihan.


"Sistem sedia ada kurang mempraktikkan S<>


Sebagai sokongan dan persiapan negara menuju perubahan global, beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan Pusat Pengembangan Pendidikan Masa Depan yang dapat menyediakan pelbagai hasil kajian.


"Di negara maju, peranan pusat ini diiktiraf membantu pelbagai sektor merangka persediaan masa depan," katanya.


Sumber:Hmetro online

Wednesday, January 6, 2010

PENDOKONG PRO-M

salam perjuangan untuk sahabatku di bumi UKM.. rasa cukup lama saya tak update blog. sekarang, pilihan raya kampus makin hampir dengan tarikhnya dan tempoh iddah bagi saya dalam menjawat jawatan MPP hampir sampai penhujungnya. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam perjuangan untuk pengerak dan pendokong yang mengerakan GMUKM. Ikhlaskan hati dalam perjuangan. kepada calon2 yang akan bertanding pada PRK, persiapkan diri anda dengan ilmu dan idealisme yang seharusnya. Semoga dengan itu membawa erti dan kemenangan yang cukup sempurna nanti. teruskan istiqamah dalam menharungi lawan. moga2 membawa kejayaan untuk semua.

Thursday, October 22, 2009


Dalam isu niqab/purdah yang 'ditimbulkan' oleh Syeikhul Azhar Muhammad Sayyid Tantawi, setengah orang yang kurang usul periksa mengenai isu sebenar yang berlaku mengecam beliau dengan berbagai tohmahan terutama gelaran sebagai 'ulama kerajaan'. Bagi mengetahui kedudukan sebenar perkara yang terjadi saya nukilkan di bawah kronologi peristiwa yang saya petik sepenuhnya daripada blog Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali. Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah). Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.

**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Ala' ( آلاء ) memakai purdah. Ala' berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Ala' pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Ala' dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif.
• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.
• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.
• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan. Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

p/s: jangan menghukum sesuatu yang tidak tahu asal pokoknya, jadilah sesorang yang Talfiq

Saturday, September 12, 2009

SOROTAN FI'09

Alhamdulillah, ucapan pertama yang dapat saya lafazkan kerana dapat melansaikan satu program yang cukup bermakna untuk mahasiswa. Program yang telah diadakan pada 8-10 september yang lepas telah memberi banyak input yang sangat berguna kepada seluruh mahasiswa UKM. Matlamat utama penganjuran ini adalah untuk membina kemahiran dan menanam semangat untuk mendukung misi, halatuju universiti di kalangan pelajar. Semoga kejayaan dalam penganjuran kali ini memberi seribu manfaat kepada seluruh mahasiswa UKM. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada AJK Festival Ilmu '09 yang terdiri dari Sekreteriat MPP dan Exco PERMATA. Sorotan FI'09

Majlis Perasmian

Pesta Buku & Jualan

Forum Ramadhan


Bengkel Kerjaya


Motivasi Kepimpinan

Wednesday, September 2, 2009

FESTIVAL ILMU '09



FESTIVAL ILMU 'O9
8-10 September 2009
Bangunan Pusanika, UKM
" Keintelektualan Asas Kemajuan Mahasiswa"

Diantara program:

Pesta Buku dan Jualan

Perasmian Festival Ilmu '09

Forum Ramadhan

Tajuk:
Ramadhan: Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi
Panel:
Saudara Hafiz bin Razak (Moderater)
Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz
Ustaz Riduan bin Mohd Nor

Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya

Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri
motivater: En. Amin bin Idris

p/s: Kepada mahasiswa/i dijemput untuk menghadiri program yang diadakan. Dengan kehadiran kalian semua dapat memberi input yang berguna. Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Faez :0132509738
Halim:0132124817
Tasneem:0132429726


Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!!!


salam kemerdekaan.. Hayati erti kemerdekaan dengan makna dan pengertian yang penuh manfaat.. bukan sahaja erti pada bebas dari penjajahan.. fikir2 kan bersama. MERDEKA!!!!

Saturday, August 22, 2009

AHLAN YA RAMADHAN


Dikesempatan, saya ingin mengucapakan selamat menyambut RAMADHAN. laksanakan ibadat puasa dengan penuh tawadduk kepada Allah mudah-mudah kehadiran ramadhan kali ini penuh dengan kerahmatan dariNya

Friday, August 14, 2009

51 kes H1N1: Apakah ini suatu bala?


Saya ingin berkongsi ulasan Dato’ Dr Haron Din yang merupakan bekas pensyarah UKM yang merangkap Mursudul Am PAS. Beliau menyifatkan wabak selesema babi H1N1 merupakan bala yang diturunkan Allah akibat perbuatan keji manusia yang dilakukan secara terang-terangan. Hal ini ditegaskan berdasarkan satu hadis riwayat Ibn Majah dan al-Bazzaz yang bermaksud “Sekiranya berlaku perbuatan keji disesuatu tempat atau negeri, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum tidak pernah mengenali penyakit itu”.

Hadis ini menunjukkanbahawa jelas selesema babi H1N1 adalah bala Allah yang dihantar kepada kaum-kaum yang melakukan perkara keji dan melanggar hokum-hukum Allah secara terang-terangan, tegasnya. Peristiwa ini mempunyai pengajaran tersendiri seperti mana pengajaran yang Allah turunkan kepada umat-umat yang terdahulu seperti kaum ‘Ad dan Tsamud, yang ditimpa bala kerana enggan patuh kepada perintah Allah setelah diseru oleh nabi masing-masing.

Benarkan ini bala daripada Allah Taala? Walaupun ada yang menganggap ianya bukan bala. Tetapi berpetik dari hadis Rasulullah menunjukkan bahawa akan akan mengenakan bala yang amat pedih kepada seluruh umat manusia jika manusia melampaui batasan agama. Walaupun penyakit ini berpunya dari negara luar tidak bermakna kita bebas untuk menghitungkan diri. Kita mendoakan supaya dilindungi dengan selamat, tidak mau terjadi seperti di Acheh dahulu. Contoh terbaik yang banyak menginsafi kesalahan diri umat Islam apabila Allah menurunkan bala maka kita perlu muhasabah apa yang tidak kena.

Oleh yang demikian, selesema babi H1N1 adalah peringatan dari Allah yang sepatutnya dipandang serius bukan sahaja kerana bahayanya tetapi lebih daripada itu ia merupakan kemurkaan Allah yang bukan sahaja di dunia ini manusia menanggung kesusahan, bahkan selepas mati pun kita akan menanggung azab daripada Allah Taala. Wallahu alam..

Wednesday, July 29, 2009

H1N1: UPSI dan USM ditutup. Takziah mangsa H1N1


KUALA LUMPUR: Dua buah institusi pengajian tinggi (IPT), sebuah kampus pengajian dan sebuah sekolah ditutup hari ini dan semalam selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini manakala Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan diarahkan tutup seminggu bermula semalam.

Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup sehingga 3 Ogos dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang ke rumah masing-masing selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak petang semalam.

Justeru, ucapan takziah saya ucapkan kepada mangsa H1N1 . Saya mengesa dan menyeru kepada rakan2 di bumi UKM supaya berwaspada dengan virus ini. Banyakkan melaku solat hajat dan berdoa supaya dijauhkan dari wabak ini.

p/s: Kepada rakan2 yang meragui siptom2 /tanda2 H1N1. Ada baik lekas ke pusat kesihatan untuk membuat peperiksaan. Ayuh....

Tuesday, July 28, 2009

BENGKEL PENULISAN ILMIAH : TESIS GAYA UKM

salam ukhwah sahabat UKM....
Ini adalah Kursus Penulisan Ilmiah : Penulisan tesis GAYA UKM... penting utama pelajar BA, MA & PHD yang sedang, akan menulis tesis... Jom sertai....

Sunday, July 19, 2009

KEMBALI EPISOD BARU...



Hari pertama saya mengikuti kuliah di bumi bertuah UKM bagi sesi 2009/10 setelah melalui satu ujian menguji kesabaran di SMK Sijangkang Jaya. Tempoh 2 bulan di Kuala Langat mengambil sebanyak mungkin peluang untuk mencuri pengalaman sebanyak mungkin dalam mendidik anak bangsa. Proses mendidik anak bangsa cukup mencabar dan memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi karenah anak2 pelajar yang cukup... Hanya Allah saja tahu. Alhamdulillah selesai sudah episod di Sijangkang Jaya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pentadbir sekolah, rakan-rakan guru dan para pelajar yang saya sayangi. Tetapi cukup terkilan tidak kesempatan mengikuti perkhemahan beruniform di Bentong sebagai pengalaman baru.

Kini, lembaran baru bermula melalui kuliah, tutorial dan aktiviti lain yang sangat menyibukkan. saya mengharapkan kepada pelajar baru cuba mengambil peluang sebanyak mungkin ketika berada di alam kampus untuk belajar dan berpesatuan. Di alam kampus ini untuk kita meningkatkan nilai tambah dalam diri supaya menjadi aset negara yang berguna pada suatu hari nanti.. InyAllah.. selamat mendaftar diri pada Minggu Pengenalan Pelajar.


sekalung penghargaan :
Ust Yazid (pensyarah/penilai)
Ustazah Zuraini (mentor)
Akh Imanuddin (housemate)
Akh Firdaus (housemate)

Monday, June 29, 2009

Selamat Datang Adik2 Ku....



Salam tahniah dan selamat datang ke alam kampus kepada mahasiswa/i baru sesi 2009/10. Jadikan diri anda seorang yang hebat dengan ilmu setelah menerjah alam kampus. Jika anda memerlukan bantuan dalam proses pembelajaran. Sila hubungi:

MOHD FAEZ BIN MAT ZIN
MPPUKM (WAKIL UMUM)
013-2509738

Friday, June 5, 2009

Stadium Negeriku....


Pada hari Rabu lepas, rakyat Terengganu dikejutkan dengan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru berusia setahun jagung. Stadium yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu menjadi mimpi ngeri yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita ini.

Saya yang sememangnya anak jati Terengganu dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan yang berlaku di negeri yang bertuah ini baikan soal politik, ekonomi, social dan pendidikan turut terkejut. Runtuh stadium!!! Huh.. dahsyat betul baru setahun tidak sampai setahun. Tapi apa-apa pun ini semestinya diterima dengan baik oleh seluruh rakyat Terenggany khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Bagi saya, runtuhan stadium yang menjadi venue kepada kejohanan SUKMA pada tahun lepas tidaklah terkejut sampai tahap terkejut beruk kerana tanda-tanda akan berlaku runtuhan sudah ada sebelumnya. Dan kejadian seumpama ini tidak perlu kepada perang mulut dari pimpinan Terengganu.

Jerteru, saya menyeru kepada pimpinan Terengganu supaya menyiasat kesemua bangunan yang dibina selama tempoh pemerintahan mantan MB yang lepas kerana rakyat kuatiri akan berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku kepada bangunan-bangunan yang dibina tempoh lalu yang menjadi kebanggaan negeri Terengganu.

Ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran SUKMA yang lepas yang menyebabkan berdirinya stadium itu dan teruskan usaha untuk meningkat tahap pendidikan rakyat Terengganu.. Hidup Terengganu!!!

Friday, May 29, 2009

Tahniah Tuanku Mukhriz

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
CANSELOR UKM!

Saturday, May 9, 2009

Terbuka Jangan Sampai Hanyut..




Selesai sudah jihad dalam menghadapi peperiksaan tempoh hari.. perasaan tension, dan gelisah tak tentu arah pada tempoh 3 minggu yang lepas.. tetapi kegelisahan itu terubat akhirnya dengan saya berjaya menjawab kesemua kertas peperiksaan dengan jaya dan bertawakkal saja kepada Allah. Sudah lama saya tidak meninjau blog ini.

Namun, kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 di UKM maupun di luar sana tentang perilaku manusia yang saya kira isu hangat yang diperkatakan. Saya ingin mengambil satu pepatah "Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut..".

Walaupun kita menyedari bahawa tiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah Taala, samada baik disisi Allah dan sebaliknya. Tetapi ianya bukan satu alasan untuk kita mengubahnya denga cara kita ikhtiar. Contohnya, seorang manusia sudah ditentukan gagal dalam peperiksaan tetapi ianya boleh mengubah nasibnya dengan cara beliau rajin berusaha untuk berjaya.

Perbincangan saya,!!! Kenapa ada manusia yang mengubah keadaan dirinya yang kearah tidak baik bahkan sampai tidak dapat difikirkan dengan akal yang waras kenapa ia boleh berlaku. Saya terkejut dengan seorang artis yang saya kira dahulunya top dalam arena nasyid tanah air yang menjadi idola pada kanak2 yang menampilkan pendekatan dakwah yang betul. Tetapi, kenapa sekarang beliau mengubah keadaan dirinya dengan memilih jalan yang salah. Apa sebabnya ia boleh berlaku.

Yang kedua, kenapa sekarang ini cukup banyak masalah sosial dikalangan muda-mudi yang boleh merosakkan masa depan kita. Saya cukup kesal dengan apa yang berlaku zaman moden ini yang kita melihat macam satu petunjuk awal akan berlaku bala daripada Allh Taala. Masalah sosial seumpama pembuangan bayi secara hidup2, masalah dadah, rempit dan seumpamanya perlu dibendung.

Bagi saya kesemua ini berlaku disebabkan oleh salah pilih kawan. Dengan kawan kita jadi baik dan dengan kawan juga boleh manusia hanyut. Justeru, saya meminta kepada sahabat2 luar sana untuk menjaga dan mengawal dalam memilih kawan. Pilihlah kawan yang boleh menbawa kita sama2 ke lembah yang baik.

"Selamat menjalani PRAKTIKUM untuk sahabat Fakulti Pendidikan"

Monday, May 4, 2009

PERHATIAN!!!!!!


Temuduga Terbuka Jawatan Pelantikan Kontrak Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi ;
  1. Pegawai Tadbir Kontrak (Lampiran A),
  2. Penolong Pegawai Kontrak (Lampiran B) dan;
  3. Pembantu Tadbir Kontrak (Lampiran C)
Kepada siswa/i yang saya kasihi.

Saya menyarankan supaya siswa/i yang telah tamat pengajian pada sesi ini bolehlah memcuba. mungkin disitu ada rezki anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati web:http://www.moe.gov.my/

"SELAMAT BERCUTI"

Tuesday, April 14, 2009

SALAM TAUFIK WAL NAJAH




Salam.. huh!!! sekejap masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah nak berakhir 1 semester. sekarang dah studi week. huh.. cepat betol. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menempuh Final Exam kepada seluruh warga UKM yang bergelar siswa/i. Semoga sahabat bersedia menempuh ujian ini dengan tenang.

Ambillah studi week ini sebagai kita penjarakan diri kita untuk fokus kepada peperiksaan. minggu ini merupakan minggu berjuang habis-habisan setelah kita bertukus lumus dalam belajar, mengejar kuliah dan toturial. hasil usaha kita akan kita terjemahkan di dalam peperiksaan. di sini kita akan menilai tahap penguasaan dan keberkesanan ilmu kita dalam 1 semester.

Saya juga ingin mengunakan kesempatan ini untuk memohon maaf kepada pensyarah, totur, sahabat2 yang sentiasa berjuang, dan seluruh warga UKM diatas kesalahan yang dilakukan samada sedar ataupun tidak sedar. Saya mendoakan akan kejayaan anda semua.

“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad)

Wassalam.....


Tuesday, April 7, 2009

Bicara Siswa!!!!


JOM SISWA/I PAKAT G RAMAI2.....

Saturday, April 4, 2009

Pengumuman!!!?


Salam siswa/i.. Pada semester depan, InyAllah.. saya akan melaksanakan satu program Festival yang bertujuan untuk membudayakan siswa/i dengan Keintelektualan. Jesteru, sy ingin mengajak siswa/i untuk bersama sy dalam merealisasikannya. sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK Pelaksana, terbuka kepada semua kaum!!!. anda bolehlah menyatakan nama dan no tel anda di ruagan shoux box ini. Keikhlasan dari anda saya harapkan.tq

Friday, March 27, 2009


Betul ke!!!?? Keputusan KDN mengambil tindakan menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Bagi penulis, tindakan KDN adalah tidak berasas kerana Harakah dan Suara Keadilan merupakan bahan bacaan yang boleh kita Mahasiswa/I menilai dimana betul sesuatu isu itu dibangkit. Kita perlu menilai melalui dua bahan bacaan iaitulah akhbar rasmi yang mana lebih memihak kepada kerajaan yang memerintah manakala dua akhbar yang digantung permit ini daripada pembangkang.

Penulis cukup tidak setuju dengan tindakan kerajaan mengambil tindakan menggantung permit penerbitan. Kerana kita lihat banyak akhbar yang melanbak di pasaran yang lebih mencerung kearah menyiarkan artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat bahkan yang menghina junjungan semasa dulu tidak dikenakan tindakan.

Jesteru, kita sebagai rakyat Malaysia umumnya dan mahasiswa UKM khasnya perlu pandai menilai. Dimana adanya diskriminasi dalam mengeluarkan permit untuk pihak-pihak tertentu. Fikir-fikirkan………….